Monday, December 16, 2013

Jalan-jalan:Zoo Taiping

Minggu ni minggu menggembirakan hati anak2..Hari Sabtu lepas kami bawak mereka ke Zoo taiping. Last visit ms Adam 1 tahun ..2011. Alhamdulillah banyak improvement berbanding 2011. Kita boleh lihat haiwan2 ini dr dekat..ms kami pergi tgh renovation untuk kaw gajah, br beli ank gajah 4 ekor..comel sgt! dh setaraf dgn Zoo Melaka..

 



So beberapa tips untuk ke Zoo Taiping:

1. Datang la seawal 9.00-10 pagi sebab ms ni parking masih kosong dan ms makan haiwan ini adalah kol10 pagi. Haiwan2 tgh aktif..tggu lori makanan sampai..hihi. berkejaran mereka. Cuaca xpanas dan perlu diingat Taiping adalah kawasan pling lembap di Malaysia jadi setiap hari akan hujan. Slalu nye petang mst hujan sekitar pukul 3-4 ptg. Jika anda tidak bernasib baik,,pukul 11 pagi sudah hujan. Jadi dtg awal ye.

2. Disebabkan ada kdai makanan ringan sahaja di dalam Zoo tu,jadi bawa lah bekalan makanan anda dan bekalan air secukupnye. Sy bwk bihun goreng ms tu sbb dtg awal anak2 tak mau bfast lg..jd anak2 bfast dlm tu saje. Makanan luar dibenarkan..tiada masalah.

3. Tempat rehat dan toilet terletak ditengah2..jadi disarankan anda pusing2 naik tren dulu. Jadi anda familiar dgn route. Kalau tak,anda akan lalu laluan yg same shj. dan penting untuk baca signboard tempat2 haiwan yang dilawati..bagi mengelakkan akan lalu tempat yg same.

4. Jgn buang ms bergambar di patung haiwan diluar..nanti biar anda exit dr pintu keluar juga akan jumpa dgn patung tersebut.

5. Jgn lupe bawak tisu untuk ke toilet..tiada tisu disediakan..

Selamat melawat...!

No comments :