Jika dihapuskan beban cukai tiga ganda ini, harga kereta nasional akan turun
ke sekitar RM30,000, manakala harga kereta seperti Honda dan Toyota turun
RM50,000 secara purata. Ini memberi rakyat peluang untuk memiliki kenderaan,
yang kini bukan lagi satu barang mewah tetapi satu keperluan asas tatkala sistem
pengangkutan awam masih pincang dan jarak antara tempat tinggal dan tempat kerja
semakin jauh akibat penempatan yang bertambah luas.
Siapa yang akan untung? Sudah tentu rakyat daripada semua lapisan. Sebanyak
20 peratus daripada RM580 bilion hutang isi rumah sekarang adalah disebabkan
pinjaman kereta, mengakibatkan pendapatan boleh guna yang rendah kerana perlu
membayar hutang kereta, juga hutang rumah dan hutang kad kredit.
Jika diambil kira hutang PTPTN, beban hutang isi rumah jauh tinggi daripada
yang sepatutnya. Tangga gaji yang bukan sahaja rendah malah membeku – ia hanya
meningkat 2.3 peratus dalam tempoh 10 tahun kebelakangan, seperti yang
dilaporkan Jabatan Perangkaan – hanya menambahkan bukti bahawa rakyat terpaksa
menanggung kos sara hidup yang tinggi berbanding piawaian antarabangsa.
Ini terbukti apabila nisbah harga rumah kepada gaji yang lazimnya lima kali
ganda (purata antarabangsa) hampir 15 kali ganda di negara kita.
Penghapusan cukai tiga ganda akan menyebabkan Proton lebih berdaya saing
kerana ia mesti bertambah baik dan mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti.
Selain menghapuskan cukai tiga ganda ini, sistem AP akan turut dirombak agar
kereta reconditioned akan menjadi lebih murah.
No comments :
Post a Comment